Subjek : Pengajian Am K.2 ( STPM )
Petikan 1
Jumlah kes muflis di Malaysia setiap tahun meningkat sebanyak 10 %. Individu atau syarikat yang diisytiharkan muflis meningkat antara 8000 hingga 12 ribu kes baru setiap tahun. Secara keseluruhannya, 104 770 kes muflis telah dikemukakan ke Jabatan Pemegang Harta. 15 % kes muflis terdiri daripada bangsa Melayu diikuti bangsa Cina 39 % , India 9 % dan bakinya kaum lain. 81.2 % melibatkan kaum lelaki yang kebanyakkannya telah berkahwin dan golongan berusia antara 40-50 adalah golongan yang paling ramai terlibat dengan muflis.
( Jabatan Pemegang Harta, 2003 )
Soalan Petikan 1
1. Bagaimanakah seseorang itu diisytiharkan sebagai muflis ?
2. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan punca-punca utama seseorang itu boleh menjadi muflis .
Petikan 2
Malaria merupakan salah satu penyakit manusia paling tua, kini melanda semula dunia dan membunuh sehingga 7000 orang sehari ( melebihi AIDS ) terutamanya kanak-kanak di negara sub-Sahara di Afrika. Kemiskinan, peperangan dan persengketaan awam menyukarkan kerajaan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan penyembuhan.
( World Health Organization )
Soalan Petikan 2
1. Bagaimanakah malaria boleh merebak ?
2. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan langkah-langkah untuk mengatasi malaria daripada terus merebak .
Soalan tamat.
p/s : Kepada anak-anak cikgu yang disayangi, sila hantar jawapan yang lengkap di atas meja cikgu pada 19 Januari 2012 ( Khamis ).

