Subjek : Pengajian Am K.2 ( STPM )
Petikan 1
Jumlah kes muflis di Malaysia setiap tahun meningkat sebanyak 10 %. Individu atau syarikat yang diisytiharkan muflis meningkat antara 8000 hingga 12 ribu kes baru setiap tahun. Secara keseluruhannya, 104 770 kes muflis telah dikemukakan ke Jabatan Pemegang Harta. 15 % kes muflis terdiri daripada bangsa Melayu diikuti bangsa Cina 39 % , India 9 % dan bakinya kaum lain. 81.2 % melibatkan kaum lelaki yang kebanyakkannya telah berkahwin dan golongan berusia antara 40-50 adalah golongan yang paling ramai terlibat dengan muflis.
( Jabatan Pemegang Harta, 2003 )
Soalan Petikan 1
1. Bagaimanakah seseorang itu diisytiharkan sebagai muflis ?
2. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan punca-punca utama seseorang itu boleh menjadi muflis .
Petikan 2
Malaria merupakan salah satu penyakit manusia paling tua, kini melanda semula dunia dan membunuh sehingga 7000 orang sehari ( melebihi AIDS ) terutamanya kanak-kanak di negara sub-Sahara di Afrika. Kemiskinan, peperangan dan persengketaan awam menyukarkan kerajaan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan penyembuhan.
( World Health Organization )
Soalan Petikan 2
1. Bagaimanakah malaria boleh merebak ?
2. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan langkah-langkah untuk mengatasi malaria daripada terus merebak .
Soalan tamat.
p/s : Kepada anak-anak cikgu yang disayangi, sila hantar jawapan yang lengkap di atas meja cikgu pada 19 Januari 2012 ( Khamis ).

Err... nak buat dua-dua petikan ke?
ReplyDeleteYa, buat dua-dua petikan dan hantar lepas cuti.
Deletekenapa takde jawapan dalam petikan? mana nak tahu maksud muflis? xde dlm petikan pon..
ReplyDeleteMemang tidak ada jawapan dalam petikan tu.Pelajar sendiri perlu menghuraikan jawapan berdasarkan kefahaman masing-masing. Selamat menjawab ...
ReplyDelete