Tuesday, 10 January 2012
Salam Perjuangan
Buat para pelajar yang cikgu sayangi, ketahuilah bahawa hidup ini adalah sebuah kembara. Dan kita adalah si pengembara yang mencari permata berharga bernama ilmu.
Permata itu terlalu tinggi nilainya. Kerana apa ? Kerana ilmu yang kita miliki akan kita jadikan bekalan sepanjang kita meniti titian dunia yang penuh pancaroba.
Pesan cikgu, jangan mudah putus asa. Usaha itukan tangga kejayaan. Kemudian, berdoalah. Moga Allah permudahkan urusan. InsyaAllah.
Di ruangan ini, cikgu akan cuba bantu dan berkongsi ilmu dengan kalian. Khususnya yang berkaitan dengan subjek cikgu.
Akhir sekali. diharapkan laman ini akan memberi manfaat untuk semua.
Selamat berjuang !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment